Salam brader-brader gamers sekalian ..... Hari ini Brader Gon nak cerita sikit pasal game FFXIV: ARR ni. Mungkin tak semua tau tentang game Final Fantasy XIV: A Realm Reborn (Online) ni. Bagi peminat-peminat Final Fantasy mesti korang akan tahu.Game FFXIV: ARR ini adalah game Final Fantasy online multiplayer kedua Square Enix selepas Final Fantasy XI. Game ni launch pada tahun 2013 dan merupakan sebuah game MMORPG, maknanya game ni adalah online semata- mata, tak boleh main single player. Korang boleh main FFXIV: ARR ni kat PC, PS3 atau PS4. Dan yang menariknya, tidak kira korang main di PC atau console, semua character boleh main sama-sama dalam game walaupun platform berbeza. Brader Gon layan FFXIV; ARR ni kat PC dan PS4. Boleh pilih nak main kat platform mana-mana yang korang suka.
Final Fantasy XIV: A Realm Reborn (PS4)
Final Fantasy XIV: A Realm Reborn (PC)
Final Fantasy XIV: A Realm Reborn (PS3)
Sebelum korang nak beli game ni, Brader Gon nak inform sikit-sikit apa yang korang perlu tahu sebelum decide nak beli. Pertama sekali jika korang beli CD game ni utk PS3 atau PS4, CD tu akan terus jadi hak milik anda seorang sahaja. Maknanya anda tak boleh jual balik CD tu second hand sebab CD tu dah link dengan account Square Enix korang. Game ni juga bukan sekadar beli CD sahaja, korang perlu bayar subscribe bulanan untuk main. Tak boleh bayar pakai PSN wallet. Korang perlu bayar melalui website Square Enix. Harga subscribe adalah lebih kurang RM35-45 sebulan berbeza mengikut region Square Enix yang korang daftar. Untuk pengetahuan korang, game ini hanya ada pada R1 dan R2 sahaja kalau korang main guna PS3 atau PS4. Korang tak boleh main game nih pada account R3 Malaysia. So kalau nak main jugak kene buat satu lagi account PSN antara R1 atau R2. Brader Gon cadangkan buat R1 sebab payment bulanan lebih murah dari account R2 disebabkan oleh perbezaan mata wang.
Contoh UI gameplay PS4
Kalau korang beli CD game FFXIV ni, korang akan dapat sekali free 30 hari subscribe game ni. So, dah habis 30 hari, baru korang perlu bayar untuk sambung main balik. Game macam ni dipanggil game pay-to-play. Atau kalau korang dah ada account R1 atau R2 kat PS4, korang boleh download free trial kat PS Store. Free trial ni die bagi try main 14 hari sahaja dan character level boleh sampai lvl 20 sahaja. So better try dulu yang free trial sebelum decide untuk beli supaya tak menyesal kemudian kalau game ni tak sesuai dengan jiwa korang.
Character Creation FFXIV: ARR
Brader Gon dah layan game ni lebih setahun. Start layan dulu masa closed beta lagi sampailah ke hari ini. Mungkin bagi kebanyakan korang akan rasa game ni mahal sebab bayar bulan-bulan untuk main, tapi bagi Brader Gon game ni memang terbaik! Disebabkan kena bayar bulanan, game ni tak ada budak kecil/sekolah yang main sebab budak kecil tak mampu nak bayar. Semua player adalah orang dewasa so takde lah budak-budak kacau gameplay/enviroment macam game free-to-play. Story dan gameplay game ni sangat best, battle system pun mantap. Korang boleh pilih nak guna keyboard/mouse atau dualshock. Brader Gon dah jatuh cinta main guna dualshock sejak try main kat PS4. leveling, quest dan end game semua seronok dan senang nak faham. Dungeon 4 player, Raid 8-24 player, PVP semua syiok. Game ni jugak sesuai untuk casual player atau hardcore raid player. Casual player pun boleh farm end game gear tanpa perlu jadi hardcore player. Boss battle game ni sangat menarik dan Square Enix sentiasa tambah content baru yang seronok dan mencabar.
Contoh 8 player party Ifrit Boss Battle
Sikit lagi Brader Gon nak cerita pasal game ni. Game ni x perlu buat banyak-banyak character. Satu character boleh main semua job yang ada dengan hanya tukar weapon sahaja.So, kalau job tu tak kena dengan jiwa, just tukar weapon dan leveling job baru. Tak perlu delete character untuk tukar job. Job battle terdiri daripada role tanker (Paladin dan Warrior), job healer ( White Mage dan Scholar), job melee DPS (Ninja, Monk dan Dragoon) dan rage DPS terdiri daripada (Black Mage, Bard dan Summoner) tahun ini Square Enix akan tambah beberapa job baru lagi.
Selain daripada battle job, FFXIV juga ade job untuk crafting dan gathering. Crafting dan gathering adalah job untuk carik duit dalam game nih. Job battle pun boleh cari duit. Job crafting (contoh: Goldsmith, Blacksmith dll) dan gathering (contoh: Miner, Fisher) pun perlu leveling untuk end game crafting. Tidak kira battle job atau crafting/gathering job, semua job ini menarik dan mempunyai kelebihan masing-masing. Macam-macam aktiviti korang boleh buat, dan tak kira apa pon yang korang buat korang akan progress.
Brader Gon rasa dah cukup banyak membebel pasal game ni. Last sekali, kalau korang berminat untuk try main game ni, Brader Gon cadangkan korang masuk server Jepun untuk kurangkan isu lagging. Dan korang jugak boleh join server Tonberry (Jepun). Server yang Brader Gon main, sebab server Tonberry ni ramai player Malaysia dan english speaking player. Brader Gon tak tahu sangat pasal server lain tapi takut nanti korang join semua cakap jepun je pulak haha. Kalau korang join server Tonberry Jepun, boleh pm Brader Gon in game nama character Gon Ragrox. Nak masuk guild brader gon pun boleh. No hal. Semua ahli guild Brader Gon dari Malaysia.
Akhir kata, Brader Gon cadangkan korang try free trial dulu main game FFXIV ni, then tepuk dada tanya diri sendiri minat atau tidak untuk layan game yang mantap dari Square Enix ni setelah fikir baik, buruk serta bajet anda. Dan kalau ade apa- apa pertanyaan pasal game ni, boleh comment kat bawah atau di facebook Brader Gon, insyaallah Brader Gon akan jawab. Happy gaming brader- brader sekalian. Adios asparagus!
Brader Gon in action! Hehe! Suatu ketika dahulu. (PC)
Brader gon kat mana sy boleh dpt game ni
ReplyDelete