Salam brader- brader gamers semua .... start hari ni Sony melacarkan jualan murah dan diskaun untuk lebih 60 jenis game untuk semua console Play Station sempena ulang tahun ke-20 Play Station. Tapi sale ni hanya untuk US sahaja, jadi hanya pemegang akaun PSN R1 sahaja dapat sale ni. Akaun R3 Brader Gon dah check masih tak ada sale. Macam biasa akaun R3 ni di anak tirikan. Haha. Kalau korang dah subscribe PS Plus, korang akan dapat diskaun lagi lebih.
Nasib baik Brader Gon sentiasa standby USD30.00 PSN wallet dalam akaun R1. So kalau tiba-tiba ada sale macam ni, boleh terus sambar game. Muahaha. Jadi kepada sesiapa yang nak sambar game sempena jualan murah ni boleh usha dekat PS Store korang. Boleh cerita juga dekat Brader Gon game ape yang korang sambar. Mana tahu boleh layan game sama-sama. Kat bawah ni Brader Gon bagi link senarai game jualan murah untuk kali ini. Akhir kata .... rilek brader, kita layan game dulu! Babai.
No comments:
Post a Comment