Assalamualaikum gamers-gamers semua .. harap semua sihat dan enjoy belaka! Pagi ni Brader Gon nak share sikit info pasal perbezaan PSN (PlayStation Network) antara R1, R2 dan R3. Mungkin ramai brader-brader gamers yang dah ada akaun PSN tertanya-tanya ada beza ke akaun PSN ni kat region lain. Sebelum tu Brader Gon nak ingatkan bahawa entri ni ditulis atas pengalaman Brader Gon sendiri yang mempunyai 3 akaun PSN. Brader Gon ada akaun PSN region R1, R2 dan R3. Haha. Jangan tanya kenapa.
Apa itu akaun PSN?
Semua PS3, PS4 atau PS Vita owner perlu buat 1 akaun PSN untuk main game. PSN ni kira macam profile korang untuk PlayStation. Korang diminta untuk daftar id, alamat, gambar dan lain-lain lagi. Bila korang dah ada PSN akaun, korang boleh add friend, party (voice chat), compare trophy, send message dan beli game digital kat PS Store. Senang cerita PSN akaun ni wajib buat. Tapi korang boleh pilih nak buat akaun PSN region mana yang korang suka.
Disebabkan Brader Gon hanya tahu pasal region R1, R2 dan R3 sahaja. Brader Gon tak nak cerita pasal region R4 atau lain-lain region. Untuk makluman korang, akaun R1 adalah untuk US, R2 untuk UK dan R3 adalah untuk akaun Asia/Malaysia. Kebanyakan gamer Malaysia akan daftar akaun R3 (Malaysia) disebabkan bila kita daftar akaun PSN melalui console tau website, Sony akan terus detect IP adress kita. Disebabkan IP adress kita ialah Malaysia, kita akan automatik daftar akaun PSN R3 (Malaysia). Untuk daftar akaun PSN US atau UK, korang kene register gune website PSN region masing-masing. Kalau nak daftar akaun PSN R1 US, korang kena register kat website PlayStation US. Sama juga dengan R2, korang kena register kat website PlayStaton UK.
Apa perbezaan PSN akaun R1, R2 dan R3?
Setiap PSN akaun mempunyai sedikit perbezaan mengikut region yang korang daftar. Apa yang Brader Gon boleh bagitahu ialah management untuk PSN setiap region ni berbeza. Game yang dijual di PS Store juga berbeza mengikut region. Contoh: Game digital PS4 bahasa Jepun tak dijual dekat PS Store R1 US.( sebab perbezaan bahasa). Jadi Brader Gon nak listkan kat bawah kelebihan dan kekurangn untuk setiap region supaya korang boleh bandingkan. Bandingan ini Brader Gon tulis dari view kita sebagai gamers yang berada di Malaysia.
Kelebihan/Kekurangan akaun PSN R1 (US)
- Tiada game bahasa Jepun dalam (PS Store)
- Game lebih banyak berbanding akaun R3 (Malaysia) di PS Store.
- Ada PlayStation Now (Beta) - Setakat hari ni hanya di PSN R1 sahaja yang ada function PlayStation Now ni. PS Now ni ialah servis main game secara streaming.
- Tidak menerima Credit Card luar daripada US ( contoh untuk beli game di PS Store)
- PSN wallet topup senang didapati di kedai-kedai game di Malaysia.
- Menggunakan $ (US Dollar) sebagai transaksi pembelian game.
- Harga game PS Store berpatutan setelah ditukar ke mata wang Malaysia.
- Selalu buat game SALE di PS Store. Memang best Sale kat PSN R1.
- PS Plus subscribe untuk setahun = $49.90 setahun (lebih kurang RM180.00)
- App lagi banyak dari R3 ( Hulu, Netflix, Cruncyroll dan lain-lain)
- Game bulanan PS Plus lebih bagus dan banyak dari senarai game bulanan PS Plus R3.
- Game disc fizikal R1 masih boleh dicari di kebanyakkan kedai-kedai game kat Malaysia ni walaupun agak sikit berbanding disc fizikal R3.
Kelebihan/Kekurangan akaun PSN R2 (UK)
- Tiada game bahasa Jepun (PS Store)
- Game lebih banyak daripada R3 (PS Store)
- Tiada PlayStation Now buat masa ini.
- Tidak menerima Credit Card luar daripada UK ( contoh untuk beli game di PS Store)
- PSN wallet topup sukar didapati di kedai-kedai game di Malaysia.
- Menggunakan £ (GBP) sebagai transaksi pembelian game. ( Sangat mahal kalau diconvert ke mata wang Malaysia)
- Harga game PS Store sangat mahal setelah ditukar ke mata wang Malaysia.
- Selalu buat game sale di PS Store. Tapi sangat mahal walaupun tengah sale disebabkan perbezaan mata wang.
- PS Plus subscribe untuk setahun = £39.90/setahun (lebih kurang RM215.00 .. Mahal!)
- Game bulanan PS Plus lebih bagus dan banyak dari senarai game bulanan PS Plus R3.
- App lagi banyak dari R3 ( Hulu, Netflix, Cruncyroll dan lain-lain)
- Game disc fizikal R2 susah nak cari di kedai-kedai game kat Malaysia ni.
Kelebihan/Kekurangan akaun PSN R3 (Asia/Malaysia)
- Ada game bahasa Jepun/China di PS Store.
- Game PS Store kurang dari R1 dan R2
- Tiada PlayStation Now buat masa ini.
- Hanya menerima Cradit Card dari Asia sahaja.
- PSN wallet topup senang didapati di kedai-kedai game di Malaysia.
- Menggunakan RM (Ringgit Malaysia) untuk transaksi pembelian.
- Jarang ada game sale di PS Store. Asia di anak-tirikan.
- PS Plus subscribe untuk setahun = RM129.00/setahun (paling murah!)
- Game bulanan PS Plus teruk/sikit daripada game bulanan PS Plus R1 dan R2.
- App tak banyak
- Game fizikal ada dijual di semua kedai game Malaysia!
PERINGATAN! Kalau korang daftar akaun R1 tapi beli cd game R3, Korang still boleh main game tu tapi korang tak boleh download DLC atau patch baru game tu sebab perbezaan server region. (Contoh: Lagu baru dalam game JUST DANCE 2015 (R3) hanya boleh didownload dari pengguna PSN R3 sahaja. Kalau pengguna PSN R1 main game JUST DANCE (R3), dia hanya dapat main lagu-lagu yang hanya terdapat dalam cd game tu sahaja. Lagu baru yang akan datang tak boleh nak download disebabkan perbezaan region CD (R3) dan region pengguna PSN (R1). Begitu juga untuk akaun R2. Sebaiknya kita beli game sama region dengan akaun PSN kita.
Kesimpulan
Jadi, Brader Gon dah senaraikan kelebihan dan kekurangan untuk setiap region PSN dan apa yang brader Gon cadangkan ialah jangan daftar akaun PSN UK (R2) sebab sangat mahal, mahal tu maybe sebab perbezaan mata wang dan cukai di region tersebut. Kalau nak buat PSN akaun, Brader Gon sarankan korang buat akaun PSN R3(Asia) atau R1 (US).
Bagi brader Gon, R3 ada kelebihan dari segi game fizikal tapi ada kelemahan untuk beli game digital PS Store (sale tak banyak).Tapi boleh guna kad kredit Malaysia. PS Store sale region R1 (US) adalah yang terbaik. Tapi kena beli PSN wallet top-up sebab kad kredit Malaysia tak diterima. Brader Gon ada pernah beli game Metal Gear Solid V: Ground Zeroes harga $7 sahaja ( lebih kurang RM25). Murah kan? Game bulanan PS Plus untuk region R1 (US) juga adalah yang terbaik. Jadi korang bolehlah bandingkan sendiri dan pilih ikut kesesuaian cara gaming korang. Dua-dua ada baik dan buruknya. Atau korang boleh buat macam Brader Gon buat dua akun PSN satu R1 dan satu R3, yang akaun R1 Brader Gon subscribe PS Plus. Segala game digital Brader Gon beli guna akaun R1 tapi main kat akaun R3 kalau game tu tak ada DLC di masa akan datang. Kalau ada DLC Brader Gon kena main guna akaun R1. Bila brader Gon ada 2 akaun PSN, Brader Gon dapat kelebihan untuk beli game fizikal dan digital. PS Plus pun dapat game ang best-best kat akaun R1. Tapi, yang tak bestnya dua akaun ni ialah trophy kita akan asing ikut akaun PSN kita, dan kawan-kawan pun kena add kita 2 kali sebab ada 2 akaun. Haha.
Kalau ada pertanyaan boleh pm Brader Gon di facebook atau comment kat bawah ni. Insyaallah Brader Gon akan reply. Kepada sesiapa yang rasa blog Brader Gon ni membantu gamers-gamers di luar sana, bolehah like dan share facebook Brader Gon. Boleh juga subscribe channel youtube Brader Gon. Segala like dan share korang amat dihargai. Terima kasih. Akhir kata ..... rilek brader, kita layan game dulu! Adios asparagus!!
Bro,saya ada akaun R1 utk USA region..jika saya nak buat akaun asia utk akaun R3,boleh x letak alamat utk rumah saya d sarawak?saya budak baru nk maen ps4,blm tahu sangat ttg akaun R1 R3 ni..
ReplyDeleteAtau pun ada alamat lain?xboleh nk letak alamat tmpt tinggal rumah saya d sarawak?musykil sikit,sb tu lah nak btanya dgn brader gon
Dan saya dah letak akaun R1 region Malaysia alamat rumah saya d sarawak..
Dan adakah itu 1 kesilapan??
bleh je alamat sama..yg pnting zipcord n contry kne btul
DeleteBro..nm tnye..kalau mcm teman dpt hadiah dr brother kt jepun ni ps4 model jepu la..so cable power dia support 100v..mcm mana nk main di ipoh ni yg guna 240v..huhu
ReplyDeletekene beli adaptor lain
DeleteBro apa perbezaan r-all dengan r yg lain. Boleh ke aku main game r-all sedangkan aku punya ps4 r3.
ReplyDeleteboleh, r all xde boudary locked
DeleteApa boundary locked 2.mcm x best je bunyinya
ReplyDeleteTakde boundary locked ni means bro boleh download dlc/patch games R-All tu dekat mana mana account tak kira account bro tu R1,R2 atau R3.
DeleteSaya baru beli PS4, tapi ada problem nak register online untuk warranty. Lagi satu, saya dah beli extended warranty 1 year jugak. Bila pergi ke website Playstation, nak sign up untuk register warranty, dia keluar "access is denied. buat banyak kali pun tak boleh jugak. Ada suggestion?
ReplyDeleteSaya ada bukak kedai gaming e-sport gaming dekat prima sri gombak , jika saya download game digital guna akaun R1 , then boleh ke saya bukak game tu guna akaun R3 ?
ReplyDeleteKalau saya beli cd r2 tapi ada dlc pack still bleh main ka?
ReplyDeleteKalo ada yang mau tahu tentang pinjaman online, coba kunjungi Keuntungan Menggunakan Pinjaman Online
ReplyDeleteHi Brader Gon, saya baru beli satu game region nya R2 tapi sekarang jika saya Nak download tak bagi I download ( adakah kemukinan tarikh sudah mati untuk download tu? ) Saya juga tanya shop tu orang kata saya kenal mau ada Account r2
ReplyDeletehi bro gon, saya baru beli psvita dari kawan saya tapi saya ada masalah bila nak masukkan akaun saya tak boleh dalam psvita yang saya beli tu akaun kawan saya masih ada dan tak boleh nak padam atau format lagi pun saya masih baru dalam mengunakan psvita dan kurang faham dgn konsepnya ....harap bro boleh tolong saya jelaskan macamana saya nak setel masalah ni
ReplyDelete