Salam brader-brader gamers semua. Ramai mungkin yang dah tahu apa itu PS Plus (PS+). Tapi mungkin disini juga ada brader-brader baru yang jadi pemilik PS4 atau PS3 yang masih tak tahu lagi apakah dia PS Plus ni dan apakah kelebihannya. Ataupun ada brader-brader yang tengah usha-usha line untuk sambar PS4 dalam masa terdekat ni yang nak kaji dulu pasal PS4. Brader Gon nak ucapkan, welcome to the club untuk PS4 owner yang baru. Salute!
Ok, hari ni Brader Gon nak share kat korang apa kelebihan PS Plus ni untuk semua PS4, PS3 atau PS Vita owner. Wajib ke subscribe? Jadi kat bawah ni korang boleh baca dan nilai sendiri sama ada korang nak join PS Plus atau tak.
Harga Untuk Subscribe PS Plus
- Harga untuk subscribe PS Plus berlainan mengikut region akaun PSN yang anda daftar. Kebanyakkan brader-brader gamers di Malaysia ni selalu register akaun PSN R3- Asia atau R1- USA, ada jugak segelintir yang register akaun R2 - UK.
- Akaun R3 - Aisa/Malaysia = (RM21.00/sebulan, RM43.00/3 bulan atau RM129.00/setahun)
- Akaun R1 - USA = ($9.99/sebulan, $17.99/3 bulan atau $49.99/setahun)
- Akaun R2 - UK = (£5.49/sebulan, £11.99/3 bulan atau £39.99/setahun)
- PERINGATAN! Kalau korang register akaun R1-US atau R2-UK, harga ini akan berubah mengikut nilai mata wang dunia. Dan perlu ingat yang akaun R1 dan R2 tak terima kad kredit dari Malaysia. Sony hanya terima kad kredit dari region yang sama sahaja. Kebanyakan pemilik akaun R1 atau R2 akan beli PS Plus Card yang dijual di kebanyakan kedai game. R2 maybe susah sikit nak cari. Jadi, Brader Gon sarankan korang register akaun R1 atau R3 sahaja. R2 untuk gamers anak orang kaya sahaja. Haha.
Contoh : PS PLUS CARD (R1-US)
Kelebihan Subscribe PS Plus
- Online Multiplayer -Untuk pemilik PS4, korang wajib subscribe PS Plus untuk melayakkan korang main online multiplayer games. Kalau tak subscribe PS Plus, korang hanya boleh main single player sahaja. PS3 owner tak perlu risau sebab derang tak terikat macam owner PS4. PS3 owner boleh main online multiplayer walaupun tak subscribe PS Plus. (Ada segelintir PS4 game yang boleh main online multiplayer walaupun tak subscribe PS Plus contohnya Final Fantasy XIV: A Realm Reborn Online, Warframe, DC Universe Online) Kalau PS4 korang ada 2 atau 3 akaun PSN ( contoh: akaun abang (A) dan akaun adik (B), dan si abang (A) ni subscribe PS Plus, akaun si adik (B) ni boleh main online multiplayer walaupun akaun adik (B) ni tak subscribe PS Plus. Akaun adik (B) ni juga boleh main game free PS Plus yang akaun abang (A) dah download.
- Free Game - Walaupun tak berapa tepat kalau nak dikatakan FREE (sebab kita bayar dah untuk subscribe PS Plus). Tapi Sony akan bagi Free Game kepada semua subscriber PS Plus setiap bulan. Yes! Setiap bulan! Apa yang lebih menariknya ialah kalau korang ade PS3, PS4 dan PS Vita, korang akan dapat game free dekat semua console korang. Maknanya PS4, PS3 dan PS Vita akan dapat free game setiap bulan. Best kan? Sayang Brader Gon dah jual PS3. Huhu. Tapi perlu ingat semua console yang korang ada mesti mempunyai akaun PSN yang sama. Hanya akaun yang subscribe PS Plus sahaja yang dapat free game ni. Game free PS Plus yang kita dapat setiap bulan tak sama untuk setiap region. Maknanya senarai game free untuk akaun R1 dan R3 mungkin berbeza setiap bulan. Jumlah game yang dapat pun berbeza kadang-kadang. Brader Gon tau sebab Brader Gon ada 3 akaun PSN (R1, R2 dan R3). Hehe. Jangan tanya kenapa . Sebab tu ramai brader gamer Malaysia ni suka buat akaun R1-US sebab selama setahun Brader Gon usha, PS Plus akaun R1-US akan dapat lebih banyak game dari akaun R3-Asia. Game-game yang PS Plus bagi kat R1 pun title dia selalu lagi best dari R3. Boleh click kat SINI kalau tak percaya. Gamers akaun R3 ni slalu dianaktirikan.
- Eksklusif Diskaun Game di PS Store - Walaupun kadang-kala PS Store ada buat sale untuk semua owner PS, tapi sesiapa yang subscribe PS Plus akan dapat diskaun tambahan lebih daripada pengguna yang tak subscribe PS Plus. Dan ada juga sale khas untuk sebscriber PS Plus sahaja.
- Online Save File Storage - Sony akan bagi 1GB online storage untuk save file anda. So, tak payah risau dah kalau terdelete save file korang. Hehe.
- Early Access Dan Beta Access - Subscriber PS Plus akan dapat beta access untuk try game yang belum launch lagi kat market. Dan ada juga subscriber yang dapat main game yang baru launch seminggu lebih awal daripada biasa.
Apa Yang Masih Anda Boleh Buat Tanpa Subscribe PS Plus?
- Hantar video gameplay atau screenshot ke facebook
- Livestream gamplay korang menggunakan Ustream atau Twitch
- Remote Play menggunakan PS Vita atau Vita TV
- Compare trophy dengan pengguna lain
- Terima atau hantar text message kepada pengguna lain
- Access PS Store
- PlayStation App (android dan iOS)
- Party (cross game voice chat)
- Web Browser
Brader Gon harap post ni membantu korang semua faham tentang PS4 dan PS Plus. Kalau korang rasa entry Brader Gon ni membantu ramai gamers-gamers di luar sana, jom support Brader Gon dengan LIKE dan SHARE Facebook Brader Gon. Brader Gon akan share di facebook setiap blog post yang Brader Gon tulis. Diharapkan korang dapat support usaha Brader Gon untuk tulis post-post yang berguna kepada komuniti gamers Malaysia. Akhir kata ... rilek brader, kita layan game dulu! Assalamualaikum.
KLIK DAN LIKE--> FACEBOOK BRADER GON
Terima Kasih
brader gon. game yang dah download guna ps plus boleh main tak kalau langganan ps plus dah tamat?
ReplyDeleteSlm brader gon.
ReplyDeleteKalau xde kredit kad, pembayaran buat kat mana ek.
Contoh: Bayar bulnn FF:ARR.
Boleh guna paypal tak utk transaction?
ReplyDelete